Wut's in mind??

Winter holiday sudah pun bermula, rindu untuk pulang ke Malaysia makin menebal....

Cemburu melihat rakan-rakan seperjuangan yg pulang ke tanah air....dan di sini.tak byk aktiviti yg boleh dilakukan, sekadar menonton movie, jalan-jalan sekitar city, bosan..bosan...

Baru-baru ini ana menonton movie Wanita Berkalung Serban, dan ana terharu dgn kata-kata Anisa:

" Kalian semua adalah calon muslimah, calon isteri untuk suami kalian yg tercinta, calon ibu untuk anak-anak yg kalian sayangi. Syurga menurut janji Allah ada di bawah telapak kaki kita..Perempuan."

"Tapi jgn lupa satu hal, bahawa Allah juga memberikan kita kebebasan, mahu jadi apa pun kalian nanti, pilihlah jalan Allah dengan rasa bebas dan dgn hati yg ikhlas"

"Dengan begitu, InshaAllah kita akan hidup dgn tenang dan tanpa rasa benci"

Dalam cerita tersebut digambarkan dua keadaan yg tidak seimbang; satu keadaan yg terlalu mengongkong hak kebebasan wanita dan satu keadaan yg terlalu bebas, sehingga merendah-rendahkan hukum yg telah Allah tetapkan, dgn kata lain kebebasan yg disalahgunakan.

Alhamdulillah, ana rasa bersyukur kerana diberi peluang oleh kedua-dua ibu bapa ana utk menuntut ilmu sehingga keluar negara. Malah, mungkin masih ada wanita-wanita di luar sana yg tiada peluang utk melanjutkan peluang ke peringkat yg lebih tinggi. Tetapi, keadaan skrg lebih kepada keadaan yg kurang sht, keadaan yg mengambil agama separuh2..hmm..diri ini pun byk sgt kelemahannya...Mohon kepadaMu Ya Allah agar dikukuhkan kaki melangkah di atas jalanMU.

Ada satu hal yg ana mahu berkongsi, Dr. Fazilah Kamsah pernah menyebut 'Attitude is more important than the outcome" bila terdgr kata-kata ini...byk soalan berlegar-legar di otak ni..

"Attitude?, why attitude is more important than the outcome? what's the relation with the outcome? and how we apply it?"

Attitude yg dimaksudkan ialah istiqamah dan tidak mudah putus asa, outcome pula sesuatu perkara yg kita impikan dan mahu kecapi...tapi......tak semua perkara yg kita impikan, menjadi kenyataan...dan tanpa kita sedari hasik yg kita inginkan hanya berada beberapa inci dari kita shj, tetapi ATTITUDE kita, kita give up....maka kejayaan itu bertambah jauh dr kita.

Perkara ini bg ana byk kepentingannya seperti dlm mengajak kebaikkan dan menghindari kemungkaran.....begitu juga kita sbg seorang pelajar...and whoever we wanna be..

Dalam perbincangan oleh Dr. Fazilah Kamsah, perkara ini disebut bagaimana utk membentuk hubungan yg cemerlang...Beliau berpesan agar istiqamah utk sentiasa berbuat baik kepada org yg kita sayang. Buat tanpa mengharapkan balasan, hanya mengharapkan keredhaan Allah. Itulah dtgnya ikhlas. Orang yg kita syg tu luas maknanya,..jgn disempitkan.....

Cuma harapan ana pada cuti ini, dpt mendidik diri utk menjadi seorang yg independant, matang dan tidak mudah patah semangat. Kerana selepas ini, hidup pasti akan menjadi lebih sukar.....







0 comments: