Utk opie...(layan...kan je)

Opie, dah lama gak hang meng'tag' kami eh..baru skng kami willing nk jawab..huhu..jgn marah eh...

Tag 1

Bekas kekasih saya adalah:
Kisah lama toksah ungkit...

Saya sedang mendengar :
kereta dan trem lalu lalang di depan rumah, sekali trem lalu terasa bergegar satu rumah..huhu

Mungkin saya patut :
blk malaysia sekarang..huwaa... T_T

Saya suka :
jalan-jalan, makan, and window shopping

Sahabat-sahabat baik saya:
sentiasa mengingatkan sy kepada kebaikan dan jauh dr kemungkaran, dan of course yg tak mkn kawan

Saya tak paham:
Benda yg kecil suka dibesar-besarkan, mcm swine flu....dan satu lagi bertindak mcm kebudak-budakan wlupun badan dah kategori bapak mak org

Saya kehilangan:
Macam tak hilang pape....

Ramai yang berkata :
bila nk blk malaysia? sape ty pasni sila support duit tambang k

Makna nama saya:
Nurul = cahaya, Huda = Petunjuk/panduan

cinta itu adalah:
sesuatu yg susah utk diungkapkan dgn perkataan, tp bg org yg benar2 ikhlas mencintai dpt merasakan nikmatnya...(tetiba dramatis la plak, but surely for my opinion)

Di suatu tempat, seseorang sedang :
menunggu kepulanganku dari melbourne...ahakz

Saya akan cuba :
buat sehabis baik utk semua perkara, dan juga utk org yg tersyg

Ayat SELAMANYA membawa maksud :
eternal?.....huhu ke translation tu

Telefon bimbit saya :
ada dua....satu samsung yg dh sewel satu lagi sony erricson yg dah bertahan 3 tahun smpi skng...

Bila saya terjaga dari tidur :
dh kul berapa ni ek?

Saya paling meluat apabila:
hmm....bila seseorang tu menggedik..huhu...

Pesta/Parti adalah:
tempat org enjoy sakan kot....klu kat sini tokseh ckpla....

Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :
kucing

Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
baby? makan tidur main, takde masalah..huhu

Hari ini :
Jalan2 kat city then, pergi high tea post exam....

Malam ini saya akan :
tgk Ghost 8TV gn zawani...

Esok pula saya akan :
DFO essendon..jadi ke fadh kita g esok?

Saya betul-betul inginkan :
kebahagiaan di dunia dan sgt2 di akhirat

Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :
hmm...ketembaman berkurangan...yes berjaya!!

Pusat membeli-belah atau arked permainan :
pusat membeli belah please.....

Makanan Barat atau Jepun :
tak kisah kot...prefer makanan melayu..hehe..

Bilik yang terang atau gelap:
dua2..sbb masing2 ada kepentingan...

Makanan segera adalah:
mudah dan cepat disediakan

Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang? :
tgh cuba ingat...ntah...dah lupa

Tag 2...(ade lg mehh)

Apakah perasaan anda sekarang? :
serabut..

Saya nak makan? :
Crispy cream!!!

Saya tak suka? :
jam, crowded. org marah2 tak tentu psl...

Haiwan yang saya tak suka? :
ular..huhu

Saya harapkan? :
Cepatla hbs belajar.....

Jika boleh putarkan masa?:
akan buat lebih baik lagi

Saya pada 10 tahun akan datang? :
Dah ada family sendiri..inshaAllah...mungkin smbg utk speciallist...wallahualam...Allah saja yg tau

Handphone saya adalah sebuah? :
alat komunikasi

Saya pernah bercinta sebanyak? :
just keep it as a secret....

Kawan-kawan saya? :
hmm...yg tahu hargai kawan...bukan setakat dicari pabila susah saja

Pernah dikhianati? :
mungkin pernah kot..tp tak ingat dah....maafkan saja...

Apa yang hendak anda lakukan terhadap orang yang mengkhianati anda? :
doakan yg terbaik utk dia...I just let Allah do..He knows wut the best

Siapa yang anda nak Tag?:
Ntah, sape2 yg berkelapangan

Opie, penatla jawab benda ni..huhu..lapar dah...p makan dulu...

Wut's in mind??

Winter holiday sudah pun bermula, rindu untuk pulang ke Malaysia makin menebal....

Cemburu melihat rakan-rakan seperjuangan yg pulang ke tanah air....dan di sini.tak byk aktiviti yg boleh dilakukan, sekadar menonton movie, jalan-jalan sekitar city, bosan..bosan...

Baru-baru ini ana menonton movie Wanita Berkalung Serban, dan ana terharu dgn kata-kata Anisa:

" Kalian semua adalah calon muslimah, calon isteri untuk suami kalian yg tercinta, calon ibu untuk anak-anak yg kalian sayangi. Syurga menurut janji Allah ada di bawah telapak kaki kita..Perempuan."

"Tapi jgn lupa satu hal, bahawa Allah juga memberikan kita kebebasan, mahu jadi apa pun kalian nanti, pilihlah jalan Allah dengan rasa bebas dan dgn hati yg ikhlas"

"Dengan begitu, InshaAllah kita akan hidup dgn tenang dan tanpa rasa benci"

Dalam cerita tersebut digambarkan dua keadaan yg tidak seimbang; satu keadaan yg terlalu mengongkong hak kebebasan wanita dan satu keadaan yg terlalu bebas, sehingga merendah-rendahkan hukum yg telah Allah tetapkan, dgn kata lain kebebasan yg disalahgunakan.

Alhamdulillah, ana rasa bersyukur kerana diberi peluang oleh kedua-dua ibu bapa ana utk menuntut ilmu sehingga keluar negara. Malah, mungkin masih ada wanita-wanita di luar sana yg tiada peluang utk melanjutkan peluang ke peringkat yg lebih tinggi. Tetapi, keadaan skrg lebih kepada keadaan yg kurang sht, keadaan yg mengambil agama separuh2..hmm..diri ini pun byk sgt kelemahannya...Mohon kepadaMu Ya Allah agar dikukuhkan kaki melangkah di atas jalanMU.

Ada satu hal yg ana mahu berkongsi, Dr. Fazilah Kamsah pernah menyebut 'Attitude is more important than the outcome" bila terdgr kata-kata ini...byk soalan berlegar-legar di otak ni..

"Attitude?, why attitude is more important than the outcome? what's the relation with the outcome? and how we apply it?"

Attitude yg dimaksudkan ialah istiqamah dan tidak mudah putus asa, outcome pula sesuatu perkara yg kita impikan dan mahu kecapi...tapi......tak semua perkara yg kita impikan, menjadi kenyataan...dan tanpa kita sedari hasik yg kita inginkan hanya berada beberapa inci dari kita shj, tetapi ATTITUDE kita, kita give up....maka kejayaan itu bertambah jauh dr kita.

Perkara ini bg ana byk kepentingannya seperti dlm mengajak kebaikkan dan menghindari kemungkaran.....begitu juga kita sbg seorang pelajar...and whoever we wanna be..

Dalam perbincangan oleh Dr. Fazilah Kamsah, perkara ini disebut bagaimana utk membentuk hubungan yg cemerlang...Beliau berpesan agar istiqamah utk sentiasa berbuat baik kepada org yg kita sayang. Buat tanpa mengharapkan balasan, hanya mengharapkan keredhaan Allah. Itulah dtgnya ikhlas. Orang yg kita syg tu luas maknanya,..jgn disempitkan.....

Cuma harapan ana pada cuti ini, dpt mendidik diri utk menjadi seorang yg independant, matang dan tidak mudah patah semangat. Kerana selepas ini, hidup pasti akan menjadi lebih sukar.....







Wanita ibarat pokok Semalu

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah .a.
Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah.
Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu
bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut.

Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini
bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para
wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

p/s: peringatan utk diri sendiri juga yg kadang2 tersasar dr landasan yg telah ditetapkan..