Bersabarlah Kerana Allah sedang berbicara dgnmu

Siapakah kita utk mengadili seseorang kerana sejarah lampaunya? siapakah kita untuk menghukum seseorang kerana kejahilannya pada masa lampau?...
bertindak adilkah kita apabila kita menghukum seseorg itu?

Setiap org pernah melakukan kesalahan dan kesilapan disebabkan kejahilan kita sendiri...mungkin terlalu extreme menggunakan perkataan jahil di sini..tapi jahil tu bermaksud tidak tahu...

Sedangkan Saidina Umar R.A pernah membunuh anak perempuannya hidup2 pada zaman kejahilannya, ditakuti kerana kegarangannya.....setelah memeluk Islam Saidina Umar menjadi sahabat terdekat Rasulullah SAW dan merupakan sahabat yg terpenting dlm penyebaran Islam... perlukah kita membencinya terus menerus kerana masa lampaunya

Sejahat-jahat manusia, masih terdapat secubit sikap untuk berubah menjadi lebih baik, itulah fitrah yang telah Allah ciptakan dalam diri makhluk yang bernama manusia. Sememangnya manusia itu diciptakan tidak sempurna tetapi tidak bermaksud kosong, disebabkan tidak sempurna itulah kita seharusnya berusaha bergerak ke arah kesempurnaan.

Bagi mereka yang masih lagi tidak terbuka lagi pemikirannya untuk menerima kelemahan manusia ini, fikirkanlah bagaimana perasaan kita sekiranya berada di tempat mereka. jangan terlalu mudah melatah untuk menghukum seseorang dan membenci seseorang. Sudah tentu kita mahu diberi peluang sekali lagi untuk berubah dan dipimpin untuk bersama-sama berubah kepada yang lebih baik.

Bagi mereka yg pernah melakukan kesalahan dan kesilapan tidak kiralah besar mahupun kecil, jangan mudah berputus asa untuk mencari keredhaan Allah mungkin kita sudah kehilangan kepercayaan dan keredhaan manusia tetapi yg memberi rezeki, rahmat serta keampunan adalah Dia yg maha esa.

Coretan ini bukanlah untuk menghukum sesiapa, tapi sebagai seorang yg banyak melakukan dosa dan masih memperbaiki diri ke arah kesempurnaan, coretan ini juga adalah untuk nasihat dan amalan diri sendiri.

2 comments:

  The Chosen Path

May 28, 2009 at 3:04 AM

Salam..
Menipulah namanya kalau manusia zaman sekarang ni xde yang pernah buat kesalahan..Masing2 ada buat kesalahan sbb kita bukan nabi yang ma'sum..
Allah pun tahu. Namun, yg penting sbg hamba yg hina, once kita sedar kesalahan, kita mesti berubah..Keywordnya bukan KESALAHAN/DOSA tapi KESEDARAN DAN KEMAHUAN UTK BERUBAH!
Biarlah apa org sekeling nak kata apa. NILAIAN YG PALING TINGGI HANYA DI SISI ALLAH..
MARDHATILLAH, ITU YANG KITA KEJAR SBG HAMBANYA..
Nice entry sis! Moga enti tsabat di jalanNYA..ameen..

  Nurul Huda Zainuddin

May 29, 2009 at 7:01 PM

Jazakillah khayr sis, mmg benar pendapat yg dikemukakan oleh sis. pemikiran manusia yg terlalu bersifat menghukum menyebabkan tiadapeluang utk mereka ni membuktikan bahawa mereka sudah berubah
Kita sudah menjalani kehidupan dunia beberapa dekad yg lalu, byk exposure yg kita temui, tetapi kejahilan kita menyebabkan kdg2 kita terlepas dan terjerumus, kita bukan lagi seorang bayi yg dilahirkan tanpa sebarang dosa terbeban dibahunya, bukan lagi ibarat sehelai kain putih. tetapi pengalaman2 ini mengajar manusia untuk belajar dan berubah.